Dunia perbukuan di Malaysia: Promosi, Ulasan & Kritikan
بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan ini, saya membuka gelanggang kepada mana-mana penulis, penerbit dan siapa-siapa yang berminat menyumbangkan sebarang tulisan berkaitan buku-buku terbitan Malaysia untuk terbitan di blog ini.
Tulisan-tulisan yang diperlukan termasuk promosi penerbitan, review, ulasan, kritikan, esei dan markalah dalam sebarang bentuk. Tiada sebarang honorarium ditawarkan buat masa sekarang.
Tidak ada sebarang syarat ditetapkan dalam penghantaran karya. Karya yang tersiar dalam blog ini sepenuhnya milik penulis. Sertakan sekali gambar buku tersebut sebagai rujukan pembaca.
Penulis bebas untuk mempromosikan buku dan linkkan ke akaun/ link pembelian masing-masing.
Blog ini diselenggara sebagai satu usaha mengangkat dan memartabatkan dunia perbukuan di Malaysia sekaligus menyemarakkan bicara buku dalam kalangan penulis-pembaca-pengkritik di Malaysia.
Sastera Malaysia perlu bersifat domestik dan menyeluruh terlebih dahulu sebagai permulaan langkah untuk mendunia.
Dengan kepercayaan ini, saya membuka gelanggang ini dengan keyakinan 100% bahawa niat murni ini akan disambut mesra oleh anda.
Hantarkan karya anda ke:
kritikanperbukuanmalaysia@gmail.com
Comments
Post a Comment