Posts

Showing posts from June, 2023

KRITIKAN: KUMPULAN CERPEN SEKALI AIR BAH

  Kumpulan Cerpen Sekali Air Bah: Buah Karya Cerpenis Realis Terbaik Mutakhir Ini Oleh: Ibnu Din Assingkiri Pandangan Awal Tentang Naskah Naskah ini menghimpunkan 17 buah cerpen yang ditulis rentang masa antara tahun 1980 – 2013 yang membawa kepelbagaian tema. Di antara cerpen yang dimuatkan dalam naskah ini ada yang memenangi hadiah sastera di peringkat kebangsaan. Membaca tulisan “blurb” pada naskah pasti meletakkan satu sasaran yang agak tinggi terhadap mutu tulisan Zainol Idris, seorang pesara guru Sains yang berkhidmat selama 32 tahun. Sebelum memulakan pembacaan, saya sudah meletakkan sasaran tinggi dan merasakan patut berbuat demikian dek kerana reputasi penulisnya yang pernah meraih Hadiah Penulisan Cerpen Berunsur Islam (1985), Hadiah Penulisan Skrip Drama TV Berdasarkan Cerpen (1991), Hadiah Karyawan Darul Aman (1996/1997) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 (Cerpen). Pandangan Saya tentang Genre Cerpen Secara umumnya cerpen adalah cerita yang relatif pendek. Ia ...

ULASAN: PERJUDIAN (S. OTHMAN KELANTAN) oleh A. Affendi0937 (Lekir)

Pengulas: A. Affendi0937 @ Lekir *** Tajuk: Perjudian Penulis: S. Othman Kelantan Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tahun: 1973 Edisi Cetakan: Edisi Malaysia Membaca Cetakan Pertama *** Kenali Penulis: S. Othman Kelantan S. Othman Kelantan merupakan penulis terkenal yang lahir di bumi Kelantan. Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Sains Malaysia dan selepas itu melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD di Universiti Kebangaan Malaysia.  S. Othman Kelantan pernah berkhidmat sebagai guru sebelum menjawat jawatan terakhir sebagai Professor Madya di Fakulti Pendidikan/ATMA UKM.  Terkenal dengan novel dan cerpen yang bertemakan kemasyarakatan seperti Pertentangan (1967) Angin Timur Laut (1969), Nagogho Astana (1997) , Ustaz (1991) dan Juara (1973) yang telah difilemkan dan secara khusus telah mengangkat nama Khalid Salleh sebagai pelakon terbaik festival filem Asia Pasifik pada tahun 1998.  Penulis telah memenangi beberapa anugerah seperti Hadiah Sastera Negara selam...

Dunia perbukuan di Malaysia: Promosi, Ulasan & Kritikan

بسم الله الرحمان الرحيم Dengan ini, saya membuka gelanggang kepada mana-mana penulis, penerbit dan siapa-siapa yang berminat menyumbangkan sebarang tulisan berkaitan buku-buku terbitan Malaysia untuk terbitan di blog ini. Tulisan-tulisan yang diperlukan termasuk promosi penerbitan, review, ulasan, kritikan, esei dan markalah dalam sebarang bentuk. Tiada sebarang honorarium ditawarkan buat masa sekarang. Tidak ada sebarang syarat ditetapkan dalam penghantaran karya. Karya yang tersiar dalam blog ini sepenuhnya milik penulis. Sertakan sekali gambar buku tersebut sebagai rujukan pembaca. Penulis bebas untuk mempromosikan buku dan linkkan ke akaun/ link pembelian masing-masing. Blog ini diselenggara sebagai satu usaha mengangkat dan memartabatkan dunia perbukuan di Malaysia sekaligus menyemarakkan bicara buku dalam kalangan penulis-pembaca-pengkritik di Malaysia. Sastera Malaysia perlu bersifat domestik dan menyeluruh terlebih dahulu sebagai permulaan langkah untuk mendunia. Dengan keperca...